Monday, November 16, 2009

Saya Pegi Jenjalan Part 1

Ok last two weeks iaitu pada 6hb Nov [kalau tak silap] saye dan encik somi telah jalan-jalan di Melaka..konon-konon nak avoid bercuti time cuti sekolah sebab time tu serba serbinye mahal

Kami bertolak hari Jumaat pepagi lagi, sebab banyak tempat nak singgah ni..

First sekali mestila menghantar anak bulu saya ke kedai Pakcu Usual Pet Shop kat Bangi. i bukan apa..kedai-kedai c. i N a nie i tak berapa pecaya la karang bercampur-campur dengan hanjeng ooo no no no.. walau berat hati nak tinggalkan kerana tau dia akan mogok lapar kalau duduk dalam sangkar ku gagahkan jua..hotel mano leh bawak pet kan..tinggal la ko..hohohoo padan muke ko moeez

And then sampai Melaka tengahari menyorok dulu kat hotel sebab laki saya tak sempat g smayang jumaat dia terlupa lalu memakai suar pendek membuatkan dia tak boleh nak berenti .. ok alasan sume tu ye
(Gambar ai malas nak susun lah lompat si katak lompat takpe ek)
Masa kitaorg sampai tu hujan dengan lebatnya, maka jenjalan dalam hotel untuk tengok swimming pool jumpe la bendalah ni..eh eh cam comel jek posing tengok :p

Korang tak dibenarkan komen gambar yg ni ok

Semangat waja ujan berenti jek terus nak pegi tengok kolam renang, macam la i pandai berenang..i rasa kolam ini kecil dan tak padan la dengan hotel ni.. eh eh lupe gitau hotel mana ye ..hahaha kan ai kata tadi lompat si katak lompat
Ok kami menginap di hotel Avillion Legacy, Melaka. Betul kat bandar dan dekat hendak ke mana -mana. Alangkah bertuah pada HARI PERTAMA bilik kami telah diupgrade ke Premium Studio room. i like hohoho ai malas la tanya apsal upgrade karang dia tuko nye bilik biasa balik kang naya jek hahaha

Ini adalah ruang tamu..somi saya sampai2 tarik langsir dan terus membuta sebab dia demam selsema batuk dsbnya


Ini adalah bilik tido..ada la almari belah kiri tu tapi ai malas nak amik gambo. Suke ai ada dua tv bilik ni takyah rebut-rebut channel

Bilik air dia ai very like lah. Besar luas lapang best apa lagi hohoho..lihat di situ yep ada tempat shower ai penah berangan nak buat bilik mandi canie tp tak sesuwai ngn rumah ai tunggu ai pindah banglo la kalau kaya satu hari nanti ai buat okey

Belah kiri gambo tadi, ok ada bath tub pule..bath tub biasa la kan banyak hotel ada bath tub..tapi agak susah nak dapat bukan ..ai pertama kali ok duk hotel yg bath tub boleh tengok2 luar..sangat jakun sekejap.. cantek la bilik ai tinggi so boleh nampak la segala eye on malaysia ke melaka tu entah

Ok ni duduk atas bath tub tu tadi amik gambo tu boleh tengok bawah..
Ok ni pasal hotel jek.. breakfast meriah wooo banyak sungguh hidangan .. tapi rasa dia err. . biasa biasa sangat ai masak lagi sodap huhuhu
Ok babai esok senang-senang i sambung part two..

Kerja-kerja sukarela

Hey kawan

Ada sesapa nak meng volunteer kan diri tolong tukar background blog ni tak

saya tak gheti lar :p

Monday, November 2, 2009

Kire Hari

Salam n morning..

Semoga anda semua ceria-ceria belaka :-)

Saya ceria la tengah kire hari..jom sama sama kire.. isnin..selasa..rabu..khamis..Jumaat...Yey..saya tengah tunggu hari Jumaat. Nak pegi jenjalan cuti2 mesia kat Melaka [apa nak cari kat melaka pun aku tak taw]

Oh ye nak bagitau, sejak dua minggu ni saya malas .. kalau korang memang rajin check visitor blog korang, mungkin korang terperasan aku singgah blog korang..tapi tak letak komen..harap dimaafkan.

Ok sapa nak tolong jaga kucheng aku weekend ni?? Siann dia..uhuk uhuk..sedih ni nak hantar boarding confirm 3 hari aku tak dek 3hari dia tak makan..






Ok babai.

Monday, October 26, 2009

Oh Teruknye saye versi ke 2

Saya sepatutnya sedang membuat kad untuk project crafy-affairs sekarang ni..

tapi... masih lagi kejap kejap kejap

just soo in the mood for a holiday

dah pujuk encik somi dari raya aritu cakap nakkkk pi holiday

so..lepas pilih punye pilih genting la bukit tinggi la pd la fraser hill la pagi tadi saye telah menetapkan keputusan untuk ke melaka

Huhuhu xleh la nak ke pulau ..pulau mahall..ni kire budget tak budget mintak2 cukup budget je lah huhuu

Sekarang tunggu tarikh :D ngeeeee suke suke sukeeee

Oh reason nye pegi dalam seminggu dua ni kerana sudah buat kajian lepas jek raya haji nanti sume hotel dah charge peak even weekdays..so rugi rugi rugi..baik pi sekarang ..

Tuesday, October 20, 2009

How to ?? UPDATED

upda

Tak pastila sama ada korang perasan ke tak, tapi sekarang dekat ym ada link to blog kita.

Aku nak tanyala korang reti tak caner nak bagi dia tak appear kat ym list tu? Kerananya aku lebih rela orang yang tak kenal masuk blog ni dari orang yang aku kenal bertahun-tahun yang mungkin dah jadi musuh or orang yang aku tak rela masuk blog ni, dapat link kat blog ni sebab masih ada/ada add aku kat ym mereka.

Paham tak ni?

Sapa-sapa reti tolong ajar yep..

UPDATE : Setelah di click sana sini saya telah mengesan bahawa sebenarnya link ke blog tu appeared di YM list kerana saya telah menggunakan email address itu untuk register dengan MYBLOGLOG. Kepelikan saya kenapa dia boleh list kat YM adalah kerana saya guna email GMAIL untuk blogspot.

Sekian terima kasih.